Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and
perubahan, mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri.
Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat dalam kilang,
kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah
disebabkan pergerakan empat bentuk
modal dalam ekonomi global. Keempat-empat modal ini adalah:
- Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang, dll.)
- Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Miutang, Pinjaman, dll.)
- Modal sumber (Tenaga, Besi, Mineral, Kayu, dll.)
- Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)
Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal
ehwal macro negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh
didasarkan kepada empat pergerakan ini. Perhubungan yang dipermudah
dengan kos telekomunikasi dan perjalanan yang lebih rendah memungkinkan
lebih ramai bilangan manusia kini, berbanding masa lampau, berinteraksi
dengan situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah. Perbezaan
budaya dan politik di semua peringkat berlaku dan boleh diterangkan
sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak tentang asas,
layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal.
Perdebatan dan makna
Dana Kewangan Antarabangsa
menakrifkan globalisasi sebagai “ pergantungan ekonomi yang semakin
berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian
tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan antarabangsa
bebas, dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas ”. Pada masa
yang sama,
Forum Antarabangsa mengenai Globalisasi
mendefinasikan ia sebagai "gerakan dunia kepada satu sistem ekonomi
sejagat yang didominasi perdagangan koperat dan institisi supranasional
yang tidak dipertanggungjawab kepada proses demokrasi atau
kerajaan-kerajaan negara". Walaupun ahli teori yang kritikal seperti
Immanuel Wallerstein menekankan yang globalisasi tidak boleh difahami secara berasingan daripada sejarah perkembangan sistem kapitalis dunia definasi-definasi berlainan dan saling bertentangan ini menggariskan debat berterusan mengenai peranan dan perhubungan
kerajaan,
koperasi dan individu dalam memaksimakan kebajikan sosial dalam
paradigma
globalisasi. Kendatipun, ia jelas bahawa globalisasi mempunyai aspek
ekonomi, politik, budaya dan teknologi yang terikat. Oleh kerana
aspek-aspek ini adalah kunci kepada kualiti kehidupan seseorang
individu, kebaikan dan keburukan yang menimpa disebabkan globalisasi
mewujudkan pertikaian yang kuat.
Aspek ekonomi yang ditekankan dalam globalisasi adalah
perdagangan,
pelaburan dan
migrasi.
Penglobalan perdagangan bermakna bahawa manusia kini mempunyai akses
kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah
dilihat dalam sejarah. Dari kereta buatan Jerman ke kopi tumbuhan
Colombia, dari pakaian China ke kapas Mesir, dari muzik Amerika ke
program computer India, manusia boleh membeli dan memiliki pelbagai
jenis barangan dan perkhidmatan. Globalisasi pelaburan berlangsung
melalui
pelaburan langsung asing,
dimana syarikat-syarikat asing melabur secara terus aset mereka dalam
satu negara, atau melalui pelaburan tidak terus dimana individu dan
institusi membeli dan menjual aset kewangan negara lain. Migrasi bebas
membenarkan individu mencari peluang perkerjaan dimana ada kekurang
tenaga buruh.
Pengkritik perdagangan bebas mendakwa bahawa ini menyebabkan kemusnahan industri asal suatu negara,
alam sekitar
dan/atau kehilangan perkerjaan. Pengkritik pelaburan asing pula berkata
bahawa penerimaan skim kewangan ini meyebabkan negara-negara kehilangan
kedaulatan ekonomi mereka dan dipaksa menggubal dasar ekonomi yang
bertentangan dengan kepentingan dan kehendak rakyat mereka. Tambahan
pula, syarikat-syarikat yang melabur dalam satu negara mungkin mendapat
terlalu banyak kuasa ekonomi dan politik berbanding rakyatnya. Akhirnya,
migrasi mungkin akan memungkinkan eksploitasi pekerja daripada negara
lain dan penhijrahan beramai-ramai tenaga pakar yang diperlukan daripada
suatu negara. Pengkritik globalisasi juga mengatakan bahawa
sistem-sistem ekonomi berbeza antara negara yang menambah atau mengambil
daripada globalisasi mungkin memaksimakan kebajikan sosial lebih
daripada kecekapan dan kesaksamaan.
Aspek politik globalisasi ternyata apabila kerajaan-kerajaan
menggubal peraturan-peraturan global dan institusi untuk meregulasi isu
seperti perdagangan,
hak asasi manusia, dan alam sekitar. Contoh organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk menangani masalah ini adalah
Pertubuhan Perdangangan Dunia (WTO), mata wang antara negara Eropah
Euro,
Persejutuan Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara
dll. Sama ada suatu kerajaan negara mahu secara sukarela membuka
dirinya kepada perhubungan antara-sempadan adalah persoalan tengah aspek
ini.
Aktivis sosial dan organisasi bukan bermotifkan keuntungan seperti
Amnesti Antarabangsa dan
Greenpeace
juga semakin global dalam skop mereka. Sesetengah daripada organisasi
ini menjadikan aspek ekonomi dan politik globalisasi sebagai satu isu
kerana mereka bimbang bahawa kepentingan ekonomi akan menggugat
kebolehan satu negara bangsa untuk melindungi rakyat mereka daripada
eksploitasi ekonomi atau menyokong kerajaan yang melanggar hak asasi
manusia rakyat mereka.
Perhubungan budaya juga berkembang melalui globalisasi sementara idea
dan gaya fasyen berkembang melalui perdagangan, perjalanan dan media
dengan kepantasan umpama kilat menyambar. Jenama global seperti
Coca-Cola, Nike dan
Sony dirujuk secara sama pengguna seluruh dunia. Satu individu di
China boleh minum minuman bergas yang sama dengan seseorang lagi di
Argentina--di
penghujung bertentangan glob. Walau bagaimanapun, perhubungan ini juga
boleh mengakibatkan kerenggangan: sebagai contoh fikiran Barat tentang
kebebasan bersuara berlanggaran dengan ajaran
agama Islam tentang apa yang melampaui batas. Kalau tidak pun, pengkritik mengakatan bahawa ini sebenarnya adalah satu bentuk
imperialisme budaya untuk menjaga kepentingan ekonomi.
Satu lagi aspek globalisasi adalah revolusi perubahan
teknologi, secara khususnya dalam bidang
pengangkutan dan
komunikasi, yang secara langsung membentuk
perkampungan global.
Pada tahun 1850 ia mengambil hampir setahun untuk berlayar mengelilingi
dunia. Kini anda boleh menaiki kapal terbang mengelilingi dunia dalam
masa satu hari, menghantar emel kemana sahaja dalam beberapa saat
sahaja, atau menjadi satu daripada 1.5 penonton perlawanan akhir
Piala Dunia.
Kos pengangkutan kini menurun disebabkan kemajuan teknologi yang
memungkinkan pembukaan pasaran asing kepada perdagangan. Tuna yang
ditangkap di lautan Atlantik Utara umpamanya mungkin dihidangkan dalam
satu restoran sushi di Jepun pada hari keesokannya. Secara mudah,
globalisasi mengembangkan segalanya.
Sejarah
Dengan perkataan ini mempunyai makna teknikal dan politik, secara
tentunya kumpulan berlainan mempunyai penakrifan sendiri tentang sejarah
"globalisasi". Dalam penggunaan am dalam bidang ekonomi dan politik
ekonomi, ia adalah satu sejarah perkembangan perdagangan antara negara
berdasarkan institusi-institusi stabil yang membenarkan firma dalam
negara berlainan betukar barangan dan perkhidmatan dengan geseran
minima.
Istilah "liberalisasi" menjadi penerimaan model ekonomi Neoklasik
yang berdasarkan pergerakan barangan dan perkhidmatan tampa sekatan
antara bidang ekonomi berasingan. Ini menyebabkan pengkhususan
negara-negara dalam eksport, dan tekannan untuk memansuhkan tarif
perlindungan dan halangan lain kepada perdagangan. Waktu standard emas
dan liberalisasi abad ke-19 selalunya dirujuk sebagai "Era Pertama
Globalisasi". Berdasarkan
Pax Britannica
dan pertukaran antara barangan dan mata wang yang digantung. era ini
berkembang pada masa yang sama dengan pengindustrian. Asas kepada teori
ini terdapat dalam hasil kerja
David Ricardo tentang kelebihan Bandingan dan
Hukum Say
mengenai ekuilibrium Am. Pada dasarnya, ia didebatkan bahawa negara
akan berdagang secara berkesan, dan apa-apa gangguan sementara dalam
permintaan dan penghasilan akan perbetulan dirinya. Institusi standard
emas menjadi dalam langkah di negara-negara berindustri maju bermula
pada pertengahan tahun
1850 dan
1880, walaupun masa bermulaan tepatnya sering dipertikai.
"Era Pertama Globalisasi" dikatakan beransur-ansur luput dengan
permulaan Perang Dunia Pertama dan runtuh dengan krisis standard emas
pada hujung dekad
1920an dan permulaan dekad
1930an.
Negara yang terlibat dalam era globalisasi pada waktu itu berkembang
pesat, termasuk pusatnya Eropah, sesetengah periperinya dan pelbagai
benihnya di benua Amerika dan Oceania. Ketidaksamaan antara
negara-negara ini jatuh dengan pergerakan barangan, modal dan buruh
secara bebas antara negara.
Globalisasi pada era selepas Perang Dunia Kedua dipandu oleh
pusingan rundingan perdangangan, pada mulanya dibawah perjanjian
GATT
(Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan) yang kemudiannya menghasilkan
perjanjian-perjanjian untuk memansuhkan halangan kepada "perdagangan
bebas". Pusingan
Uruguay memhasilkan satu triti untuk mencipta
Organisasi Perdangangan Antarabangsa
atau WTO, untuk menjadi anggota tengah penyelesaikan pertikaian
perdagangan. Perjanjian perdagangan bebas antara negara yang lain,
termasuk beberapa bahagian
Triti Maastricht Eropah dan
Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara juga ditandatangani dalam tujuan mencapai matlamat menghampuskan tarif, cukai dan lain-lain halangan kepada perdagangan bebas.
Sifat dan kewujudan globalisasi
Terdapat banyak perbincangan akademik tentang fenomena globalisasi
sebagai sesuatu yang benar atau hanya khayalan. Walaupun penggunaan
istilah ini meluas, ramai pengarang berhujah bahawa ciri-ciri yang
diatribusi kepada globalisasi telah dilihat dalam detik lain bersejarah.
Juga, ramai menotakan bahawa ciri-ciri berkenaan, seperti kenaikan
perdagangan antarabangsa dan peranan lebih penting
badan koperat antarabangsa tidak begitu mendalam sebagaimana disangka.
Sesetengah pengarang lebih menyukai istilah
keantarabangsaan daripada globalisasi. Dalam
keantarabangsaan, peranan yang dimainkan
negara-
negara lebih besar, dimana globalisasi dalam bentuknya yang paling sempurna menghampuskan keperluan
negara bangsa.
Maka, mereka berhujah bahawa sempadan negara-negara, dalam maksud
meluas, jauh daripada dimansuhkan, dan proses globalisasi tidak berlaku,
dan berkemungkinan tidak akan berlaku (lihat
Linda Weiss) terutama apabila mengira bahawa dalam sejarah dunia, keantarabangsaan tidak pernah menjadi globalisasi (
Kesatuan Eropah dan
NAFTA pun masih belum membuktikan kes mereka).
Walau bagaimanapun, dunia semakin berkongsikan masalah dan cabaran
yang tidak mengikut sempadan negara-bangsa, paling ketaranya adalah
pencemaran alam sekitar semulajadi dan gerakan yang dahulunya
anti-globalisasi telah menukar menjadi gerakan untuk gerakan untuk globalisasi dari bawah, yang mencar cara melalui eksperimentasi, bentuk
organisasi sosial yang merentasi negara-bangsa dan
demokrasi perwakilan.
Dimana hujah asal yang globalisasi sedang berlangsung boleh dinafikan
dengan argumentasi keantarabangsaan, seperti diatas, kemunculan suatu
gerakan antarabangsa tidak boleh dipertikai dan kita boleh berbincang
tentang satu proses benar kearah satu masyarakat global pelbagai
masyarakat. Pengarang lainnya pula mengemukakan hujah bahawa kita kini
berada dalam alam transisi ke satu fasa ketamadunan; bentuk dan
ciri-ciri masyarakat global dipertikaikan dan akan ditentukan dengan
pilihan-pilihan yang kita akan buat dalam dekad-dekad masa hadapan.
Sebagai contoh, Kumpulan Senario Global
telah menggariskan wawasan alternatif masa depan dunia, dengan "kuasa
pasaran" atau globalisasi ekonomi hanya merupakan satu pilihan,
diperbandingkan dengan "reformasi dasar", "dunia kubu", "kegagalan",
"eko-komunalisme", dan "paradigma pertahanan baru".
Sesetengah tetap dengan pendirian bahawa globalisasi adalah
geografi khayalan; iaitu, satu alat politik
neo-liberalis, yang cuba menggunakan sesetengah imej dan
wancana politik dunia untuk menjustifikasi agenda politik mereka. Pengarang buku-buku seperti
No Logo (Tiada Logo) mendakwa bahawa dengan mengemukakan satu gambaran dunia yang telah diglobalisasikan, institusi-institusi
Bretton Woods boleh menuntut negara-negara membuka ekonomi mereka kepada liberalisasi dibawah
Program Penyesuaian Struktur yang menggalakkan kerajaan-kerajaan membayai program-program
penswastaan sebagai lebih utama daripada
kebajikan sosial dan perkhidmatan awam..
Ciri-ciri
Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan kebanyakannya bermula dari era
Perang Dunia Kedua.
Ini merangkumi pergerakan komoditi, mata wang, maklumat dan orang
secara lebih kerap di peringkat antarabangsa, serta perkembangan
teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan infrastruktur yang
membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah anjakan ini
diperdebatkan.
- Anjakan dari segi ekonomi
- Anjakan dari segi budaya
- Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap,
- Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya, misalnya melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi, budaya yang diimpot boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan, dan seterusnya menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan budaya juga berlaku.
- Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah
- Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat
- Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa tempatan)
- Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan pelbagai lagi yang lain.
- Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan
"Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami
kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa
Jepun, Korea, dan Hindi tampa mengenali pun bahasanya.
- pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagai internet, komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon.
- Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undang-undang hak cipta dan paten
- Pembentukan nilai-nilai universal
- Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh gerakan-gerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa).
- Ia juga dikatakan bahawa keganasan
juga telah mengalami globalisasi kerana serangan pengganas masa kini
tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat perjuangan mereka sendiri [5][6].
Halangan kepada perdagangan anatarabangsa beransur-ansur dihampuskan
semenjak era Perang Dunia Kedia melalui perjanjian antarabangsa seperti
Persetujuan Am mengenai Cukai dan Perdagangan (GATT). Beberapa inisiatif telah diambil sebagai hasil GATT dan kemudiannya WTO yang lahir hasil GATT, dan ini merangkumi:
- Promosi perdagangan bebas,
- Barangan:
- Pengurangan atau penghampusan terus cukai dan pembentukan zon perdagangan bebas dengan sedikit ataupun tampa cukai
- Pengurangan kos pengangkutan, terutama dengan penciptaan pengkontenaan untuk perjalanan laut.
- Modal: pengurangan atau penghampusan kawalan modal
- Pengurangan, penghampusan, atau pengharmonian subsidi untuk perniagaan-perniagaan tempatan
- Lindungan harta hak cipta
- Pengharmonian undang-undang hak cipta semua negara dengan perlindungan lebih ketat
- Pengiktirafan supranasional terhadap hak cipta, sebagai contoh, paten yang dikeluarkan oleh China akan diiktiraf di Amerika Syarikat (wiki)